Pasangan suami
isteri berputih mata apabila kandungan anak kembarnya tiba-tiba ghaib.
Betul ke atau adakah cerita yang diada-ada kan ? Wallahualam.
Bayi Kembar Dalam Kandungan Hilang Secara Misteri | Detik penantian 5 tahun seorang suami bagi menimang anak sulung hancur setelah anak kembar perempuan dalam kandungan isterinya telah hilang secara misteri.
Kejadian yang berlaku di Pokok Sena
itu tidak diduga dan kehilangan itu berlaku semasa dia bermimpi sewaktu
tidur di rumah ibunya, Che Som Endut di Kampung Kelut, Jabi di sini
malam kelmarin.
Lebih memeranjatkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungan mangsa tersebut di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang telah dipercayai hilang di malam yang sama.
“Pada malam tersebut, saya telah
bermimpi didatangi 5 wanita berjubah mendekati saya dan membacakan
sesuatu sebelum mereka hilang setelah azan Subuh berkumandang.
Setelah terjaga, saya mendapati perut saya yang selama ini besar dan
berat (berisi kandungan) , tiba-tiba telah ringan dan kempis,” ujar
mangsa.
“Saya terkejut dan mula mengesyaki ada
perkara buruk yang tidak kena berlaku dan lantas mengejutkan suami saya,
Aziz Hussein bagi memberitahu apa yang berlaku. Apabila tiba di Klinik
Kesihatan Pokok Sena bagi tujuan pemeriksaan pada lebih kurang pukul 9
pagi esoknya, bayi kembar dalam kandungan saya telah disahkan hilang. Saya berasa sangat sebak hanya mampu menangis,” jelas Norliana penuh hiba.
Mangsa yang tinggal di Bukit Jambul,
Pulau Pinang, telah dijadualkan bersalin pada 3 November
lepas. Berikutan peristiwa itu, dia mengambil keputusan bagi tinggal
bersama ibunya di rumah ibunya sejak sebulan yang lepas bagi memudahkan
mangsa bersalin kelak.
Norliana menjelaskan lebih lanjut, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawa beliau membuat ujian pengimbasan kandungan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul dan dia dimaklumkan mengandung kembar perempuan.
“Akan tetapi semasa kakitangan Klinik
Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul bagi
mengesahkan dakwaan itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah
hilang,” jelas Norliana lagi.
SUMBER: MELAYUKINI.NET