4 cawan beras basmathi
4 cawan air
1 cawan susu cair
3 helai daun pandan - disimpul & ikat
100 gm kismis
100 gajus - digoreng
100 gajus - digoreng
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan
BAHAN TUMISAN DIKISAR :
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia
REMPAH TUMISAN :
30 gm rempah briyani ADABI
REMPAH TUMISAN :
30 gm rempah briyani ADABI
3 biji buah pelaga
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK :
Kupas semua
bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus .
Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit ke 1 jam kemudian ditos
ketepi kan dulu , goreng buah gajus ditos dan ketepikan .
Periuk nasi
di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan
semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan
yg dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan . Masukkan rempah dan
biar sampai rempah masak menjadi wangi .
Kemudian
masukkan semua air dan susu cair , daun pandan serta biarkan sampai
mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan
kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan
masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam
kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di
gaul perlahan-lahan nasi dan dimasukkan semua kismis dgn buah gajus
serta dikacau rata kemudian boleh la ditutup suis periuk nasi ini .
SUMBER:resepinannie.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan