Khamis, 27 Disember 2012

Bayi Kembar Dalam Kandungan Hilang Secara Misteri

Pasangan suami isteri berputih mata apabila kandungan anak kembarnya tiba-tiba ghaib. Betul ke atau adakah cerita yang diada-ada kan ? Wallahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Bayi Kembar Dalam Kandungan Hilang Secara Misteri | Detik penantian 5 tahun seorang suami bagi menimang anak sulung hancur setelah anak kembar perempuan dalam kandungan isterinya telah hilang secara misteri.
Kejadian yang berlaku di Pokok Sena itu tidak diduga dan kehilangan itu berlaku semasa dia bermimpi sewaktu tidur di rumah ibunya, Che Som Endut di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.
Lebih memeranjatkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungan mangsa tersebut di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang telah dipercayai hilang di malam yang sama.
“Pada malam tersebut, saya telah bermimpi didatangi 5 wanita berjubah mendekati saya dan membacakan sesuatu sebelum mereka hilang setelah azan Subuh berkumandang. Setelah terjaga, saya mendapati perut saya yang selama ini besar dan berat (berisi kandungan) , tiba-tiba telah ringan dan kempis,” ujar mangsa.
“Saya terkejut dan mula mengesyaki ada perkara buruk yang tidak kena berlaku dan lantas mengejutkan suami saya, Aziz Hussein bagi memberitahu apa yang berlaku. Apabila tiba di Klinik Kesihatan Pokok Sena bagi tujuan pemeriksaan pada lebih kurang pukul 9 pagi esoknya, bayi kembar dalam kandungan saya telah disahkan hilang. Saya berasa sangat sebak hanya mampu menangis,” jelas Norliana penuh hiba.
Mangsa yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, telah dijadualkan bersalin pada 3 November lepas. Berikutan peristiwa itu, dia mengambil keputusan bagi tinggal bersama ibunya di rumah ibunya sejak sebulan yang lepas bagi memudahkan mangsa bersalin kelak.
Norliana menjelaskan lebih lanjut, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawa beliau membuat ujian pengimbasan kandungan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul dan dia dimaklumkan mengandung kembar perempuan.
“Akan tetapi semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul bagi mengesahkan dakwaan itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang,” jelas Norliana lagi.

 SUMBER: MELAYUKINI.NET

Bekas Anggota Ruffedge Didakwa Rogol Anak Tiri

Semalam, seorang bekas ahli kumpulan Ruffedge telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan merogol anak tirinya. Kejadian tersebut telah berlaku pada bulan Februari 2012. Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.
ruffedgeBagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan. Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.
ruffedge Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa. “Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah,” katanya. Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes. Laporan asal Sinar Harian.



SUMBER:BEAUTIFULNARA

Selasa, 25 Disember 2012

Fazurina Hanya Sempat Peluk Ibu Beberapa Saat Sahaja



Sedih Abang Nara mendengar kisah yang terjadi ketika sidang media Siti Fazurina mengenai perkahwinannya yang dikatakan tidak mendapat restu. Mana taknya, Fazurina hanya sempat memeluk dan memohon maaf kepada ibunya hanya beberapa saat sahaja.
fazurina
Adegan peluk memeluk itu pun terjadi selepas tamat sesi sidang media. Fazurina yang melihat ibunya bergegas keluar daripada tempat sidang media terus mengejar ibunya untuk memohon kemaafan. Pelukan terjadi beberapa saat sebelum si ibu menolak Fazurina apabila meyedari kehadiran saudara mara yang lain.
fazurina
Pihak media juga telah memohon agar sesi bersalaman diadakan di antara Fazurina dan ibunya semasa sesi sidang media berlangsung. Sayangnya wakil pihak ibunya menyatakan yang kehadiran mereka di situ adalah hanya untuk mendengar sahaja. Sedikit petikan kata-kata Fazurina kepada Berita Harian:-
Sebelum ini, saya pernah menemui ibu untuk berbincang, selain memohon restu untuk berkahwin sebaliknya ditolak. Hati saya cukup terguris dengan apa yang terjadi kerana sebagai anak, saya pasti berharap perkahwinan ini direstui keluarga. Sebagai anak, saya tahu ibu kecil hati apabila saya bertindak begini, tetapi saya tidak mempunyai pilihan. Inilah keputusan muktamad dan tidak mungkin akan ditarik balik. Kami kini sah suami isteri kerana cinta, kasih dan sayang hanyalah untuk Hykal.
Betul kata Fazurina itu. Mereka berdua sudah pun sah menjadi suami isteri. Daripada terus bermasam muka, baiklah hadapi kenyataan ini. Kepada ibu Fazurina, fikirkanlah yang terbaik untuk anak anda. Jangan terpengaruh dengan hasutan pihak luar. Kebahagiaan anak anda sepatutnya diutamakan.
fazurina
10 lagi gambar sekitar sesi sidang media Siti Fazurina dengan membaca entri ini sepenuhnya.

fazurina
fazurina
fazurina
fazurina
fazurina
fazurina
fazurina
fazurina
fazurina
fazurina


SUMBER: BEAUTIFULNARA

Jumaat, 21 Disember 2012

Imej lembaga lidah terjelir dirakam

Imej hantu
Musa (tengah) dan Abu Bakar(kiri) menunjukkan kedudukan imej lembaga hantu yang dirakam secara tidak sengaja. Gambar kecil: Imej lembaga didakwa hantu yang berjaya dirakam.
KERIAN - Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, di sini tiga minggu lalu.

Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu.

Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.

“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.

“Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin tidak melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Pekan Bagan Tiang di sini semalam.

Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.

“Setelah meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu yang berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.

"Kami memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan menyelesaikan perkara ini,” katanya.
 SUMBER: SINARHARIAN


Rabu, 19 Disember 2012

‘Too heavy to hang up’



Amazed by the size: Min Shen touching the 'loong tan'.  
 
 
 
Amazed by the size: Min Shen touching the 'loong tan'.
MARKETGOERS were amazed when they spotted a giant fish at the Cecil Street Market in Penang.
The grouper or ‘loong tan’ as it is commonly known weighed about 195kg and 1.8m long.
It took seven men to lift the grouper and lay it on the countertop while about 30 curious onlookers and marketgoers started taking photographs with their mobile phones.
It is believed to be the largest catch in Malaysian waters as the previous record was of a 180kg fish caught in 2008 near Pulau Sembilan in the Straits of Malacca.
Fisherman Tan Kah Seng, 38, who caught the grouper off the Teluk Bahang coast on Monday night, said this was the biggest fish that he had caught this year.
“It is too heavy for us to hang up. I think it takes about 35 years for a grouper to grow to such a huge size,” he said yesterday.
He said he would usually sell such a big fish to eatery outlet operators but this time around, he did not plan on selling the fish as it was not fresh.
Tan said he had yet to decide on what to do with the grouper.
He has been a fisherman for more than 20 years and has netted 30 big fish.
It was reported in February that a 165kg giant grouper found its way into Tan’s trawling net.
In August 2010, Tan also caught a fish weighing a whopping 168kg and a 203kg shark believed to be a nurse shark.
Student Tan Min Shen, 13, who was at the market, said this was the first time he had seen such a big fish.
“At first I thought the men were moving a big rock until I approached the stall and I was really amazed by the size of the fish,” he said.

SOURCE: THESTAR

Shila Amzah Terima Lamaran Sharnaaz Ahmad?



Sebentar tadi, Shila Amzah telah pun mengumumkan di Twitternya yang dia sudah menerima lamaran daripada cinta hatinya, Sharnaaz Ahmad. Status yang dikemaskini kira-kira sejam lalu ini telah pun dipadam dan tidak dapat dilihat di “timeline” Shila Amzah.








shila amzah


Mungkinkah akaun Twitter Shila Amzah turut sama kena “hack” seperti yang dialami oleh Sharnaaz Ahmad? Hmmm. Tidak boleh dinafikan kemungkinan untuk perkara itu berlaku memang ada. Apa pun sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Shila Amzah. Kalau benar akan berkahwin, tahniah Abang Nara ucapkan.


SUMBER:BeautifulNara

Selasa, 18 Disember 2012

Abby Abadi menjawab isu kening



Pelbagai tohmahan telah dilemparkan kepada Abby Abadi selepas beliau mendapat hidayah dan mula berdakwah. Antara soalan popular yang selalu dilemparkan kepada Abby adalah mengenai isu "kening" beliau yang masih lagi dicukur walaupun sudah terang di dalam islam menyatakan bahawa mencukur atau membentuk kening adalah haram.
ini adalah jawapan yang diberikan oleh Abby melalui Twitternya:


Isu Kening: Abby Cakap Sama Dengan Ibunya

Isu Kening: Mak Borek Anak Rintik Ye, Kata Abby Abadi 

menurut beliau, keningnya sememangnya nipis sebegitu sejak kecil lagi kerana ikut kening ibunya.
harap-harap jawapan ini dapat memuaskan hati anda mengenai isu kening beliau.

SUMBER GAMBAR: mynewshub.com

Sharnaaz Ahmad Lepas Geram Di Twitter, Merajuk Dengan Shila Amzah?


 

 
 
Kami tidak pasti berapa ramai antara anda perasan, namun Shila Amzah ada katakan sesuatu pada minit ke 145 Anugerah Planet Muzik 2012 yang berlangsung hujung minggu lalu.
“Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya — dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya — saya tak tahu mana dia pergi,” ujar Shila Amzah.
Kenyataan itu di’buat sebelum beliau menyampaikan anugerah Lagu Terbaik & kami ingatkan Shila Amzah sekadar bergurau sehinggalah terbaca respons Sharnaaz Ahmad di Twitter.
Seorang peminat di forum Cari melampirkan screenshot tulisan Sharnaaz Ahmad yang tidak berpuashati dengan Taufik Batisah dan kemungkinan juga terhadap Shila Amzah.

Ada dua kemungkinan dalam kes lepas geram Sharnaaz Ahmad kali ini —  sama ada beliau memang cemburu dengan Taufik Batisah atau kurang senang dengan gurauan Shila Amzah.
Namun, Sharnaaz Ahmad telah pun memadam tulisan tersebut dan mendakwa seseorang telah menceroboh akaun Twitter beliau pada pagi semalam — sekitar 6.30 pagi. Hmm.

Isnin, 3 Disember 2012

Tumbukan ragut nyawa abang



GEORGETOWN: “Walau apapun yang berlaku, saya tetap maafkan dia,” kata Nayati Man, 33, ibu Muhammad Asyraf Muhammad Shukri, 17, yang maut apabila ditumbuk adiknya selepas kedua-duanya bergaduh di rumah mereka di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, Asyraf yang menghidap penyakit asma sejak kecil ditumbuk adiknya hingga mulut berdarah dan tersembam.
Asyraf mengalami sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketika kejadian, menurut Nayati, dia berada di rumah dan anak sulungnya itu berbaring di sofa sambil menonton televisyen di ruang tamu manakala anak keduanya bermain permainan video di komputer riba.

“Anak bongsu saya yang berusia empat tahun menangis kerana mahukan mainan.
Namun, anak kedua saya mengusik adik perempuannya dan ini menimbulkan kemarahan Asyraf yang menegur perbuatan itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), malam kelmarin.

SUMBER:HMETRO

Sabtu, 1 Disember 2012

Majlis Persandingan Farid Kamil & Diana Danielle

Ketika pertarungan sengit antara Harimau Malaya dan Garuda sedang berlaku, majlis resepsi Farid Kamil dan Diana Danielle turut sama berlangsung. Majlis yang berlangsung di Taman Ekuestrian Putrajaya telah menggunakan tema “garden wedding” berjalan dengan lancar sekali.
gambar persandingan diana danielle dan farid kamil
4 lagi gambar persandingan pengantin baru ini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit foto Instagram Annas Easkey.

gambar persandingan diana danielle dan farid kamil

gambar persandingan diana danielle dan farid kamil
gambar persandingan diana danielle dan farid kamil



gambar persandingan diana danielle dan farid kamil

 Sumber: BeautifulNara