Rabu, 28 November 2012

Lelaki Mati Ketika Berzina Di Bulan Ramadhan




NUSAJAYA, Johor: Akibat sering tertewas dengan nafsu teman wanitanya, seorang lelaki warga Nepal nekad mengambil pil ubat kuat seks dalam kuantiti berlebihan selain meminum satu tin arak semata-mata mahu memenuhi kehendak kekasihnya itu.

Malangnya, hasrat lelaki berusia 38 tahun itu untuk ‘bertahan lama’ ketika melakukan hubungan seks tidak kesampaian apabila tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati di sebuah hotel bajet di Taman Tasek Yaacob, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa, Hari Bahadur Magar dikatakan mengambil pil itu pada jam 3.30 petang sebelum mendaftar masuk ke sebuah hotel bersama teman wanitanya, warga Vietnam.

Menurutnya, kematian lelaki itu disedari teman wanitanya berusia 24 tahun, jam 11 malam hari kejadian selepas mangsa dikatakan tidak bergerak menyebabkan wanita itu panik.

“Pasangan itu dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks sebelum tertidur dan pada masa sama, mangsa meninggal dunia.

“Akibat panik dengan keadaan teman lelakinya, wanita terbabit terus memaklumkan kepada pengurusan hotel sebelum membuat laporan polis, jam 12 tengah malam,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Noor Hashim berkata, siasatan awal di bilik didiami pasangan itu membawa kepada penemuan sebotol ubat kuat dipercayai diambil mangsa sebelum mereka melakukan hubungan seks.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut, namun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Saya menasihatkan orang ramai terutama lelaki lebih berhati-hati sebelum mengambil ubat kuat yang dijual di pasaran kerana jika tersalah makan atau tidak sesuai boleh mengundang maut,” katanya.



SUMBER: lamankongsi.com

Woman, 2 daughters burnt to death in Beluran fire





BELURAN (Sabah): A woman and her two young daughters were burnt to death in a fire at a furniture and equipment shop here, according to the Sandakan Fire and Rescue Station on Thursday.
The burnt bodies of Siti Jainah Ajak, 39, Siti Aznizah Hussin, nine, and Siti Azikah Hussin, three, were found in an embrace in a bathroom on the top floor of the two-storey shophouse where the family lived, said Sandakan Fire and Rescue chief Jemishin Ujin.
They appeared to have been unable to get out of the burning building as all the entrances were protected by steel gilles and the blaze, which started on the ground floor at about 9 pm, spread quickly, he said.
Siti Jainah's husband, Hussin Ismail, and their son, Mohd Aznizam, 11, were not at home during the fire, he added.
Jemishin said the Fire and Rescue Station sent a fire truck with four firemen from the Kinabatangan Fire and Rescue Station after being summoned at about 9pm on Wednesday.
By the time the firemen arrived, the fire had already spread from the ground floor to the top floor, he said.
Two multipurpose trucks with six more firemen were sent from the Sandakan Fire and Rescue Station, he said, adding that the fire was put out at 12.58am.

Firemen found the huddled bodies in the bathroom.
The bodies have been sent to the Beluran Hospital.
An adjacent restaurant and the office of the Beluran parliamentary constituency were slightly damaged in the fire, he said.
The cause of the fire has yet to be ascertained, he said.


SOURCE: THESTAR

‘Durian timpa kepala anakku’


NIBONG TEBAL: “Kepalanya berdarah tapi tak banyak, sebaliknya anak saya terus diam dan tidak sedarkan diri,” kata Samimi Kasmin, 29, ibu bayi berusia 38 hari yang mati akibat ditimpa sebiji buah durian yang baru gugur di belakang rumah mereka di Lorong Badak Mati, Sungai Bakap, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Muhammad Yusoff Zainal yang cedera di sebelah kiri kepala, disahkan meninggal dunia sejam selepas dimasukkan ke Hospital Sungai Bakap (HSB).
Samimi berkata, durian seberat 2.1 kilogram yang gugur itu terlebih dulu mengenai bahu kirinya sebelum menimpa kepala bayi yang berada dalam dukungannya.

Menurutnya, ketika kejadian dia mahu mengangkat pakaian di ampaian terletak kira-kira enam meter dari pintu belakang rumahnya.

“Pada mulanya, saya mahu tinggalkan anak di dalam rumah tapi ketika saya baru melangkah ke pintu, dia menangis lalu saya mendukungnya dan keluar untuk mengangkat kain di ampaian,” katanya ketika ditemui, semalam.

SUMBER:HMETRO

Selasa, 27 November 2012

Nabil & Isteri Sambut Kelahiran Anak Perempuan



Awal pagi tadi, isteri Nabil Raja Lawak, Nazirah Ayub  selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang merupakan anak pertama pasangan ini sejak berkahwin.

Bayi perempuan seberat 2.67kg ini lahir sekitar jam 8.40 pagi tadi & Nabil Raja Lawak sendiri mengesahkan berita itu melalui akaun Twitter beliau tengah hari tadi.

Tahniah kali sejuta buat Nabil Raja Lawak & isteri atas kelahiran anak pertama mereka — di’sebelah adalah gambar pertama bayi perempuan mereka yang muncul di’internet.

SUMBER: ROTIKAYA

Tangisan penyamun

UGUT...suspek (kanan) mengarahkan pekerja salun membuka mesin penyimpan wang

KUALA KRAI: Seorang penjenayah sempat menyuruh seorang tebusannya bertanya kepada polis berapa lama dia dipenjarakan jika ditangkap dan turut menangis teresak-esak selepas menyamun salun di Jalan Besar Guchil, di sini, semalam.
Dalam ‘drama tebusan’ jam 2.20 petang itu, suspek berusia 27 tahun memakai topi keledar bertutup muka dan bersenjatakan pistol palsu memasuki salun berkenaan yang terletak di tingkat atas kedai dua tingkat.
Dia menjadikan enam orang iaitu empat pekerja, seorang warga emas berusia 68 tahun yang juga bapa kepada pemilik salun dan seorang pekerja restoran yang kebetulan menghantar baki wang membeli roti kepada seorang pekerja salun berkenaan sebagai tebusan.

Bagaimanapun, suspek yang juga graduan seni reka grafik daripada kolej tempatan tidak menyedari dua daripada empat pekerja salun berkenaan bersembunyi di dalam tandas dan bilik rawatan muka.

‘Drama tebusan’ itu berakhir dalam tempoh hampir tiga jam sebelum suspek diberkas anggota polis.

sumber: Hmetro