UGUT...suspek (kanan) mengarahkan pekerja salun membuka mesin penyimpan wang
‘Drama tebusan’ itu berakhir dalam tempoh hampir tiga jam sebelum suspek diberkas anggota polis.
KUALA KRAI: Seorang penjenayah sempat menyuruh seorang tebusannya
bertanya kepada polis berapa lama dia dipenjarakan jika ditangkap dan
turut menangis teresak-esak selepas menyamun salun di Jalan Besar
Guchil, di sini, semalam.
Dalam ‘drama tebusan’ jam 2.20 petang itu, suspek berusia 27
tahun memakai topi keledar bertutup muka dan bersenjatakan pistol palsu
memasuki salun berkenaan yang terletak di tingkat atas kedai dua
tingkat.
Dia menjadikan enam orang iaitu empat pekerja, seorang warga emas
berusia 68 tahun yang juga bapa kepada pemilik salun dan seorang pekerja
restoran yang kebetulan menghantar baki wang membeli roti kepada
seorang pekerja salun berkenaan sebagai tebusan.
Bagaimanapun, suspek yang juga graduan seni reka grafik daripada kolej tempatan tidak menyedari dua daripada empat pekerja salun berkenaan bersembunyi di dalam tandas dan bilik rawatan muka.
Bagaimanapun, suspek yang juga graduan seni reka grafik daripada kolej tempatan tidak menyedari dua daripada empat pekerja salun berkenaan bersembunyi di dalam tandas dan bilik rawatan muka.
‘Drama tebusan’ itu berakhir dalam tempoh hampir tiga jam sebelum suspek diberkas anggota polis.
sumber: Hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan