Kisah Lagu 'Pembunuh' : Gloomy Sunday.
Lagu Gloomy Sunday ditulis di negara Hungary tahun 1933 oleh komposer Reszo Seress.
Pada
asalnya lirik yang ditulis berkisarkan perang dan doa buat
tuhan.Kemudian di tukar liriknya yang diambil dari sebuah puisi yang di
tulis oleh Laszlo Javor,yang jalan ceritanya mengenai kisah cinta yang
tidak kesampaian dan membunuh diri sebagai jalan terakhir,dengan harapan
untuk berjumpa di dalam kehidupan selepas kematian.
Tidak
lama selepas lagu ini diterbitkan dan diperdengarkan kepada umum, ia
dikatakan telah menyebabkan berlakunya beberapa siri bunuh diri di
Hungary.Mereka di katakan membunuh diri selepas mendengar 'phonograph
record' lagu ini.Malah ada di antara mangsa dikatakan meninggalkan nota
yang hanya bertulis 'Gloomy Sunday' sebelum membunuh diri.
Lebih menakutkan lagi,akhirnya si komposer lagu'Gloomy Sunday' iaitu Reszo Seress
membunuh
diri nya pada 11 January 1968,beberapa hari selepas hari jadi nya yang
ke 69 tahun.Dia membunuh diri dengan terjun melalui tingkap
apartmentnya,tapi tidak berjaya.Kemudian dia dihantar ke hospital dan
akhirnya di situlah dia menamatkan ajal nya dengan cara menjerut
lehernya dengar wayar hingga mati.
Sebelum
kematian nya, Raszo Seress dikatakan mengalami kemurungan diakibatkan
oleh pelbagai sebab seperti kematian ibu nya ketika Perang Dunia ke II
dan juga kerana pengharaman lagu 'Glommy Sunday' oleh negara Hungry yang
sedar dengan risiko kesan psikologi lagu tersebut kepada sesiapa yang
mendengarnya.
Gloomy Sunday pada Era Moden
Dalam
era moden ini,lagu 'Gloomy Sunday' telah di nyanyikan semula oleh
beberapa penyanyi seperti Sinead O'Connor,Billie Holiday,Bjork
dan Diamanda Galas.Di antara versi2 moden ini, versi yang di nyanyikan
oleh Diamanda Galas dikatakan antara yang paling dekat persamaan dan
spiritnya dengan lagu asal.Tapi ,setakat ini masih tiada lagi kes bunuh
diri di laporkan akibat lagu versi Diamanda Galas ini.
Pada
tahun 1999,sebuah filem bertajuk Gloomy Sunday versi Jerman iaitu Ein
Lied von Liebe und Tod (A song of Love and Death) telah di buat.Filem
ini adalah hasil kerjasama antara negara Jerman dan Hungary.
sumber: ohbelog.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan