Rabu, 16 Januari 2013

Roti Coklat Chip



Gebus..


Bun Coklat Chip

Sumber: Ros JM

250 gram tepung roti
2 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu kecil yis
170ml cecair ( 70ml susu segar 100 ml air suam)
1 1/2 sudu besar marjerin @ butter
2 1/2 sudu besar gula
2 sudu besar coklat chip
1 sudu kecil bread improver ( boleh ganti dengan water roux)
1 sudu besar susu tepung

Cara-cara

1. Kalau ade BM tu boleh masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik.
2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic w
rap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 9 bahagian bulat kecil dan susun dalam acuan petak. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit hingga 1 jam dan gilss permukaan bun dengan sedikit susu segar dan beberapa titik madu, kemudian tabur permukaan bun dengan sedikit gula . Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
4. Sejukkan di atas redai, dan simpan di dalam plastic bersih dan di dalam bekas kedap udara bagi mengekalkan kelembutanya. Selamat Mencuba!

SUMBER: qurrataaayun.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan